Hari 1 (29/12/2018)
Seperti yang telah dijanjikan, semua yang menyertai berkumpul dirumah Puan Izlynn. Pada kira-kira jam 8 pagi, rombongan mula bertolak. Saya menumpang kereta Encik Aizat dari Sri Aman menuju ke destinasi menempuh jalan yang berlubang-lubang disebabkan aktiviti pembinaan jalan Pan-Borneo. Dalam kira-kira jam 9:15 pagi rombongan telah tiba di pengkalan.
.
Agak lama jugak menunggu kerana encik pemandu bot tengah menunggu bekalan minyak sampai. Sementara menunggu sempat juga mengambil gambar disekitar jeti. Agak cantik jugak memandangkan lokasi jeti bersebelahan dengan empangan.
.
.
.
Untuk pengetahuan, berdekatan empangan ini terdapat penempatan penduduk tempatan yang majoritinya daripada etnik Iban. Antara kegiatan ekonomi di sini adalah penternakan ikan talipia dalam sangkar. Ikan Talipia Batang Ai memang agak terkenal di rantau ini. Kalau ada kesempatan, kita boleh cuba rasa ikan Talipia Batang Ai. Kira-kira hampir satu jam menunggu, minyak telah diisi dan semua penumpang telah masuk dan bot pun meluncur laju ke destinasi. Cuaca cerah begitu mengizinkan.
.
.
.
Perjalanan menggunakan bot cuma mengambil masa kira-kira 15 minit untuk tiba ke resort. Keterujaanku semakin memuncak.
.
.
.
Semasa ketibaan, para rombongan disambut dengan begitu hormat dengan disajikan air jus oren free of charge. Saya difahamkan jam check-in adalah pada pukul 12 tengahari, jam sekarang masih 10:30 pagi masih lama lagi. Selalunya, kita boleh check-in awal sekiranya ada bilik kosong. Akan tetapi, memandangkan belum ada yang check-out jadi terpaksa menunggu lama di lobi.
.
Semasa dalam tempoh menunggu, ada di antara rombongan tengah survei-survei kawasan persekitaran resort, ada yang main snooker entah berapa game dah mereka main dan saya cuma duduk dibangku lobi sahaja selfie atau layan facebook. Oh ya, untuk pengetahuan anda talian 4G LTE Celcom full bar, yang lain tanda x, disamping itu, ada Wifi percuma di sekitar lobi. Dapat jugalah layari internet, video call, tengok Youtube, gadoh dengan si cai internet troll kat forum Malaysiakini dan lain-lain.
Peta Resort . Jam telah masuk 12 tengahari, sesi daftar check-in pun telah bermula dan diberikan kunci bilik bernombor 518. Bilik paling dekat dengan lobi. Masuk bilik aku rehat dulu.
Menu makan tengahari agak simple iaitu mi segera dihidang bersama-sama ikan sardin dan jeruk lobak dalam tin. Sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit tenaga untuk jungle tracking nanti.
Canopy Walk
Jam 2:30 petang, kami berkumpul dilobi untuk pendaftaran aktiviti Jungle Tracking “canopy walk” di belakang resort. Bagi satu sesi perjalanan bersama guide dikenakan yuran sebanyak RM25 seorang peserta Untuk sesi kali ini, kami ditemani oleh Intern Guide Cik Bibi, seorang local yang cantik dan peramah. Perjalanan ini tidaklah begitu mencabar, tetapi just nice to normal average tourist seperti saya, dengan meredah hutan kanopi, mendaki bukit dan menaiki jambatan gantung cukup memberikan makna buat beginner macam saya.



Disamping itu juga, sempat juga merasa buah-buahan hutan sepanjang perjalanan. Salah satunya adalah Buah Durian “Isu” dan memang sedap rasanya. Untuk pengetahuan, pengunjung boleh makan mana-mana buahan yang tumbuh liar asalkan makan berpada-pada.


Setelah penat meredah hutan, ada yang pulang berehat dalam bilik dan ada yang pergi ke kolam renang untuk mandi manda. Untuk saya pula di hadapan beranda “ruai” nothing better to relaxing and having a nice cup of coffee and some crackers melihat wonderful view of Batang Ai.

Setelah malam menjelma, kami makan malam bersama-sama di restoran resort. Makanan agak mahal considering lokaliti jauh dan of course makanan hotel. Akan tetapi, Nasi Goreng dengan sate is very tasty. After having meal, kami “lepak-lepak” kat lobi dan main snooker dan that concluded our activity on day one. Good night.
Hari 2 (30/12/2018)
Pertama sekali, kami having a breakfast buffet. Size of serving we take memang kira sampai tengahari. The food is delicious.After breakfast, saya ambik peluang jalan-jalan di sekitar resort. Memang agak besar kawasannya dan sempat juga petik dan makan buah-buahan di tepi jalan.


Akhir sekali, kami semua check-out tepat jam 12 tengahari. Kami menaiki bot pulang ke jeti. Setelah tiba dijeti maka berakhirlah episod percutian ini.

Salam.
