
Menjelang tahun baru 2019, Airasia telah menawarkan kadar tambang promosi Sibu-Kota Kinabalu RM19.00/seorang sehala. Dengan tambang yang yang ditawarkan amat murah, saya tidak melepaskan kesempatan untuk membawa isteri dan anak-anak untuk melawat Kota Kinabalu dan terus membuat tempahan.
Segala persiapan seperti tempahan hotel, jadual perjalanan, dan lain-lain kos telah dibuat dan disediakan bagi melancarkan proses lawatan ini. Tidak lupa juga perbelanjaan luar jangka turut dimasukkan ke dalam bajet. Kita tidak dapat jangka perkara yang kita tidak jangka akan berlaku just in case anything happen is counted for.
Hari 1
Penerbangan dari Lapangan Terbang Sibu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu melalui penerbangan AK6093 mengambil masa 1 jam 15 minit dari jam 20:25 dan tiba pada jam 21:40. Kami tiba awal di lapangan terbang bagi mengelakkan situasi tergesa-gesa semasa melalui proses check-in, daftar immigresen, dan pemeriksaan keselamatan.
Perasaan anak-anak semasa menaiki kapal terbang begitu teruja maklumlah ini merupakan pertama kali mereka naik kapal terbang.


Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu 30 minit lebih awal daripada jadual. Memang kebiasaan bagi penerbangan Airasia tiba lebih awal daripada yang telah dijadualkan bagi melancarkan proses loading/ unloading penumpang dan bagasi. Saya berasa gembira kerana telah berjaya menunaikan hasrat untuk menjejak tanah Kota Kinabalu dan tidak sabar untuk bersiar-siar disekelilingnya.

Setelah selesai urusan imegresen, kami berkumpul di pintu keluar nombor 4 dan menunggu Grab untuk ke penginapan di Ganang Village Rest House. Setibanya kami dipenginapan, satu sahaja komen saya mengenai rest house ini, “OMG! Ini rest house kah atau setinggan?”. Memandangkan tempahan telah dilakukan dan dibayar, dan waktu pun sudah lewat malam, so kita terima sahaja lah. What you pay that what you get.
Hari 2
Kami semua bangun awal pergi mandi dan melakukan persiapan diri, maklumlah tempoh lawatan yang singkat satu hari mesti diisi sepenuhnya, every minutes count.
Kami menaiki Grab untuk ke pusat bandar. Awal pagi jalan agak lengang tetapi pasaraya masih tutup. Destinasi pertama adalah Jesselton Point.
Jesselton Point Waterfront
Perkara pertama sebaik kami tiba di Jesselton Point adalah untuk bersarapan pagi di gerai tempat makan yang berkhemah kanvas. Menu yang dipesan adalah Nasi Lemak dan rasanya begitu enak.


Permandangan laut dengan pulau diseberang memang memukau. Namun, kami tidak bercadang untuk menaiki bot ke pulau-pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman , cukuplah mengambil gambar dipengkalan ini sahaja. Dalam pada itu, di sini terdapat gerai yang menjual pelbagai cenderamata.


Street Art Graffiti Gallery



Wisma Sabah

I Love KK Sign

Kota Kinabalu Waterfront


Pasar Besar & Pasar Filipina
Terdapat pelbagai barangan yang dijual terutamanta barangan dapur di jual di sini. Harganya pun boleh boleh tahanlah murahnya. Dengan kesempatan ini, kami beli sikit-sikit ole-ole berbentuk cenderahati dan bahan makanan kering (keropok, sotong mania, ikan kering & ikan bilis).
Sehubungan itu, kami memilih untuk makan tengahari di kedai makan di tingkat atas pasar besar. Sempat juga merasa rumpai laut yang di buat seperti “umai”.
Selepas selesai makan tengahari, kami pergi ke pasaraya berdekatan untuk membeli keperluan harian sebelum balik ke rest house guna Grab.
Muzium Negeri Sabah
Jam pukul 2:30 petang kami ke Muzium untuk melihat benda-benda yang bersejarah yang ada di sini.







Pantai Tanjung Aru (Beach 1)




Pada waktu malam hanya di isi dengan berehat di rest house dan tidur awal bagi catch-up dengan penerbangan pulang awal pagi esok.
Hari 3
Kami bangun seawal jam 3:30 pagi bagi persediaan penerbangan pulang ke Sibu. Lebih baik tiba awal di airport daripada tiba last minute.

Penerbangan pulang menggunakan Airasia berlepas tepat jam 6 pagi dalam keadaan cuaca yang baik.

Kami tiba di Lapangan Terbang Sibu pada kira-kira jam 7:15 pagi dan dengan ini berakhirlah akviti lawatan ke Kota Kinabalu bersama keluarga. Sememangya lawatan hujung minggu agak begitu singkat dan belum cukup puas untuk merasa nikmat sebenar melancong ke Kota Kinabalu. Namun, sedikit sebanyak ini merupakan permulaan kepada siri-siri lawatan ke Sabah pada masa yang akan datang. Insyallah. – 20 Januari, 2018
